Tuesday 29 November 2011

Misteri Jalan Lama


Cerita ni sebenarnya mengisahkan dua alam yang berbeza..

Iskandar lakonan (Dato' Ahmad Tamimi Siregar) iaitu mempunyai 2 orang anak, iaitu Indra dan juga Ilya.

Ilya adalah seorang bayi bunian yang telah diamanahkan oleh King Deweta dan juga Queen Deweta yang telah diancam oleh puak Harak. Ketika Ilya baru dilahirkan. Oleh itu Iskandar diberi amanah untuk menjaga Ilya sampai umurnya 25 tahun, selepas itu, Ilya perlu dikembali ke dunianya sebenar.

Kebetulan, Iskandar dan isteri mengambil risiko untuk melahirkan seorang bayi supaya dapat menemankan Iskandar pada waktu kecil, tapi malangnya isteri Iskandar telah meninggal dunia ketika hendak melahirkan pada berusia yang agak lewat.

Iskandar balik ke kampung mengikut jalan lama dan berlaku 1 peristiwa dimana Ilya telah diberikan kepadanya. Kemunculan Ilya membuatkan Indra iaitu anak sulongnya terlalu cemburu kerana Iskandar hanya memberi perhatian kepada Ilya. Indra telah keluar dari rumah. Indra adalah seorang samseng, mempunyai hutang apabila prestasinya merosot. Ini kerana adalah dia dahulu seorang pemandu kereta profesional.

Setelah Iskandar telah meninggal dunia, Indra telah dipanggil dan mendapat surat daripada ayahnya, supaya mengembalikan Ilya kepada keluarga sebenarnya. Sepanjang perjalanan banyak perkara yang terjadi sampaikan Ilya tidak boleh percaya apa yang berlaku sebenarnya. Apakah akhir cerita ini?

Saksikan lakonan Hans Isaac, Vanida Imran, Que Haidar dalam filem arahan Afdlin Shauki

MISTERI JALAN LAMA.

Monday 28 November 2011

Malaysia VS Bahrain

27.11.2011

antara Malaysia dengan Bahrain,,

dengan semangatnya qiela and cousin yang lain pergi Stadium Bukit Jalil tok pertempuran antara 2 negara.

Ni la 1st qiela tengok bola kat stadium dengan sekian lamanya apabila pemain bola sepak negara kita menaikkan nama Malaysia dalam FIFA pada tahun lepas..

Selama ni tengok kt tv rumah je, Ni memang feel betula la..

tiket yang di sponsor oleh pakteh untuk anak2 buahnya

isi perut sebelum ke stadium..

semua pakai jersi malaysia,
qiela je tak beli2 lagi.tak sempat nak beli, last2 minute

sesi latihan sebelum bermula.

BAHRAIN telah mengalahkan MALAYSIA dengan jaringan 3 gol dalam masa 5 minit saja.

Memang terkejut. Apabila mase pertama malaysia menjaringkan gol oleh Nazmi pemain jersi nombor 12..memang hebat..Tapi malangnya, injured telah berlaku pada dirinya, dan terpaksa keluar dari padang permainan.

Jaringan kedua pula dilakukan oleh Mahali apabila mase kedua..Dengan tidak sangka, apabila dalam beberapa mintit lagi..Bahrain dengan pantas menjaringkan gol dengan pantas..

Tidak mengapa Harimau Malaya, Anda semua memang terbaik, boleh diperbaiki lagi..

Gogogogogog Malaysia..

Yong Wedding

wedding, Wedding wedding

2 minggu turut-turut ada je event. Macam minggu lepas macam uolls tau qiela pegi kelantan. Yang sepupu side mama qiela kat kelantan bertunang..

26.11.2011 kat KL pulak, wedding sepupu side ayah plak kawin..Anak pakngah..

Memang best la sebab smua sedara dari pelusuk turun KL.Memang sembang la..


qiela vs killa

budak ni syakilla namaye. cousin dari singapore, cian dia, sorang2 je kat negara dia..hahaha..yang lain smua KL..Minah ni kalau datang KL, mesti nak ajak pegi petaling street. Yela shopping beg je..Kalo 1 or 2 xpe juga. Ni setiap kali datang mesti 4 Or 5  dia akan beli..Yela,kat sane bukan ada yang gred puye,ori pun dah beribu. So, sini jela dia shopping. Lagi pun duit dia kan besar kalo tukar ke Malaysia.

OK, berbalik pada wedding,

Tetiba makteh panggil qiela, masa tu majlis belum mula, tapi biasa la kteowang sepupu ni rancak sembang.

Makteh cakap  'qiela boleh tak jadi MC hari ini?'
OOhhhhh Goshhh nnnooooooo..
memang terkezut la, dengan secara mengejut, tak da prepair ape langsung pun. gler puye keje ni.
Yela event ni bukan orang biasa je, VIP ada, VVIP pun ada juga.. Sebab pakngah ni hakim bahagian mahkamah terengganu.So, hakim negara ada juga. 

uhhuuhhhh hati tak dala berdebar, tapi cuma cuak la juga,,hahaha. sama je..sebab kalau salah memang orang kata apa pulak nanti.

Pakteh cakap 'ala qiela kan dah penah buat MC kat dinner-dinner tempat lain, tak kan tak boleh buat kat kenduri kawin kot'
Mampu senyum je la qiela.

with officemate masa dinner Andalusia Travel

Tapi masalahnya dah la kena sorang je, lagila gerun, tepaksa qiela suh sepupu qiela teman masa kat depan masa tu. 

just alone.

Tapi tak pe, janji komen daripada owang lain semuanya positif, bak kate uncle aziz, kena praktikkan lagi. Bagus suara dah sedap..hahaha prasan la plak.

Tapi adalah sorang cameraman ni, tok event ni la, qiela tak ingat la nama dia.

Dia taye, biasa tak MC tok job luar.
Qiela cakap 'tak da la sangat'
Sebab dia nak panggil qiela tok event dia tok bulan 2 tahun depan..
Qiela ok je, no proble, janji enjoy. So, kami pun bertukar la no phone.

nek leka , uncle , nek yah


ni plak, saudara kata ayah la, qiela pun tak kenal sebenanya, kire dua pupu la..dah nak habis makan, baru nak salam..Tapi bagus juga sebananya, kenduri macam ni la, kite boleh jumpa saudara yang selama ni tak penah jumpa..


pengantin perempuan ni, cousin qiela, panggil Yong je


secocok

errmmmm kteorang apa lagi, bila semua tetamu balik je,

pelamin tu hak milik kteorang la
tengok ni!!

kak long, qiela, sara

tidak tahu apa yang sedang dilakukan ini

ini juga, tidak tahu motifnya






Anywhere, congrate la pada yong and husband iaitu masnor..

Moga kekal abadi sepanjang hayat...

Wednesday 23 November 2011

Karak

Hari tu, bila ondaway nak pegi kelantan.. Memang tak perasan langsung lalu jalan karak..
Mungkin bersembang ngan maklong kot...

Tapi bila balik, 1 kereta ngan sepupu qiela, baru perasan yang lalu karak...

Nasib baik la jalan waktu siang, kalau malam, memang seram sejuk la..sepupu qiela ada la tunjukkan jalan lama karak tu.. memang penuh hutan je la..



Sebab orang kata karak memang penuh misteri.macam-macam cerita..Sebab tu ada cerita kat panggung wayang..
Tapi tak sangkalah sampai tahap yang paling teruk sekali kebenarannya.

Pantai Timur

Baru 5 hari, dah rindu nak taip blog..

hari ni baru masuk ofice, semua taye best ke cuti panjang??

Sebenarnye bukan la cuti suka-suka pun, tak plan lansung.. Sebab hantar rombongan tunang.

Sapa tunang??qiela ke???

Nononononon, bukan qiela la. Tapi sepupu la.
Sebab rumah bahagian perempuan ket kelantan..so jauh la perjalanan kteorang..


18 NOV 2011


19 NOV 2011

puan syaffia (merangkap driver)



sebelum kene buat kerja bergambar la dulu


 ni la kak ida, tunang sepupu qiela..







 kteorang la pulak





20 NOV 2011


shopping time








 hari sabtu maklong bawak kteorang pegi kota bharu. Masing-masing mulalah kalau dah dapat berjalan, macam itik terlepas dari reban... Laju je jalan

Tapi biasa la gambar tak terlepas.
Walaupun hujan, ribut melanda..Memang tak terlepas nak menggedikkan diri..hahaha

lepas pegi beli barang, kami pergi rumah adik beradik paklong..huhuuhu
Dengan hujan lebat kene harungi jalan kampung dengan lecak hujan..


Tapi seronok juga, rase suasana rumah yang betul-betul bahagian dalam..bak kate sepupu qiela, macam bersamamu pulak..oppsss sori..hahahaha.. keteorang kalau dah jumpe gurau memang kasar skit..


21 NOV 2011

Bila dah 2 hari ada kat kelantan, tiba masa kami kene gerak gi terengganu pulak 'ganu kite'.
hujan memang lebat, tak berhenti, kami tawakal jela. sebab sekarang ni kan dah musim tengkujuh..ada juga tempat dah banjir. Bukan pe,risau kreta problem jela, dah la jauh,bukan dalam KL. Keselamatan memang kena juga ambik berat..takut 'Malan tak berbau'..

Sambil ondaway gi ganu qiela nampak tepi-tepi jalan ada gerai kepok lekor..Banyak sungguh.

ni la caranya buat kepok lekor..

kakak ni sampai malu bila qiela nak snap pic dia

Bila berjalan ni, memang tak da langsung rasa ngantok..air laut bergelora.ombak chantik je tengok..ada orang kata tenang je tengok laut. Tapi bagi qiela, memang tenang, tapi fikiran la tak tenang.huhhuu

 tapi bila tengok rumah yang kat tepi pantai ni qiela rase memang tenag. Betapa amannye kawasan ni




22 NOV 2011

hari terakhir ada kat ganu, memang kejap je rase..tapi memang best sangat..Hilang semua rase
masalah-masalah yang ada.

Setiap tempat, maklong mesti berenti..penat juga..asik brenti je...duit plak makin banyak jadi sikit je..tapi bukan selalu pun


nampak kecik kan??prasan la plak..

berakhir la percutian yang tak dirancang ni..




Thursday 17 November 2011

Lebih baik daripada semalam

Alhamdulilllah, perasaan qiela untuk hari lebih tenang dari semalam..

Mungkin semalam qiela ada perasaan emo..hehehhe..Tapi puas juga la menaip sampai panjang lebar.

Tapi untuk hari ni, perasaan tu tipu la kalau hilang macam tu je. Ada la juga sebernanya. Mungkin disebabkan nafsu dalam diri yang tak kan ilang. Sebab setiap orang da nafsu. Macam orang cakap perempuan ni ada 99% jenis nafsu..

Harus berfikiran positif pada semua perkara. Menyibukkan diri dengan kerja, fikiran memang melayang.

Sebab hari ni, office memang bersepah giler la. Andalusia akan menjadi lebih matang.hahaha..maksud qiela lagi besar la office ni. Sebab selama ni jemaah akan komen, 'kenapa la office u olls ni kecik sangat'?..
Macam2 kerenah jemaah ni..



So hari ni memang keje macam tak keje la. Nak on9 pun memang tak boleh sebab pc tak cukup. Ni pun update dah nak habis office hour.

Wednesday 16 November 2011

Maafkan lah dia Ya Allah

Bila kata tentang perasaan, masing-masing penah rasa putus cinta..

Bila hujan turun dengan lebat. rasa seram sejuk bila berlaku sesuatu. Tapi hati ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Walaupun dengan hakikatnya aku tidak sanggup melihat. Seperti dulu, hati akan berdebar dan kencang apabila terjadi. Tetapi sekarang aku tidak mengerti lagi perasaan apabila melihat si dia dengan orang lain. Apa perasaan cemburu? Apa perasaan marah? Semuanya tidak ada pengertian lagi. Hanya hati yang kosong dalam hati yang penah luka,bernanah yang kembali pulih dengan ubat yang disaluti doa yang aku pohon dari Mu.

Aku pernah tertanya-tanya kenapa perkenalan aku dengan dia dicatitkan dalam dairi hidup ni? Aku tahu hikmah yang Tuhan akan beri pada setiap orang.

Mungkin sesiapa yang baca blog qiela ni, akan terpikir, kenapa perlu cerita semua ni? Tapi terpulang pada sesiapa untuk komen nanti.
Ya Tuhan ampunkanlah segala dosa-dosa nya. Berilah dia peringatan bagaimana Engkau beri peringatan kepada aku dulu. Mungkin pernah Engkau memberi dia kesedaran, mungkin dia telah sedar dengan
dosa-dosanya.

Perkenalan baru, akan rasa indah semuanya, mungkin fikiran aku kanak-kanak, tidak kenal diri dia sebernanya. Mungkin masa tu, bodoh hanya mendengar kata-katanya. Aku tidak pernah kongkong dirinya, aku tidak pernah cemburu dia dengan wanita la. Dengan pendek kata, aku seorang 'openminded'.

Mengharapkan hubungan ini telah diterima oleh sape-sape pun, diredhai Allah. Tapi harapan itu hanyalah sementara. Menggapai keindahan adalah sementara. Terlalu banyak aku pendam perasaan yang terlalu pahit walaupun lebih daripada manis. Mungkin orang akan berkata, terlalu abdikan diri dengan cinta. Mungkin benar jika dalam percintaan. Tapi bagi diri ini. hanya untuk menumpang kebahagiaan dari Tuhan.

Baru aku kenal siapa diri dia sebernanya. Hari demi hari cinta ku pudar dan mengharapkan lebih baik. Tetapi tidak..Engkau penah tinggal kan aku, engkau bersuka ria dengan semua perempuan. Aku tidak pernah serik, dia kembali, aku terima semula. Kata-kata mu manis sekali. Tetapi lagi sekali dia lupa dan nekad untuk tinggalkan aku, jika benar. Dan Tuhan mungkin kali pertama Engkau beri pengajaran padanya. Dia jatuh, benar-benar ditipa tangga.

Dengan lembut hati ku, sebagai manusia biasa, aku telah memberi tangan ku untuk dia jatuh dari kehidupan dia. Ya Tuhan, aku mengetahui bahawa jodoh ku bukan dengan dirinya. Aku terima redha segalanya..
Mungkin Engkau telah beri kesedaran kepada aku terlebih dahulu, Engkau telah mengatur perjalanan ku lebih baik sekarang dari dulu.Mungkin itu, jika dia dalam kesusahan,aku berada di sisi nya apabila semua kehidupannya yang dulu telah meninggalkannya. Kawan,Duit,Kekasih barunya. Semuanya.

Ya Tuhan, aku tenang apabila dirinya berubah untuk lebih baik, aku sanggup mendegar rintihannya, apabila dia menangis walaupun dahulu, aku penah menangis untuk luahkan perasan ku,tetapi tidak di endahnya. Aku kuat terima segalanya lagi. Sokongan aku tidak pernah lepaskan,sentiasa memberi kuatan padanya.

Sampai masa, aku tidak percaya padanya apabila dia bercakap benar. Sekali lagi Ya Allah, aku redha dengan perjalanan yang Engkau aturkan pada aku. Menadah tangan padamu aku tidak pernah jemu bersama air mataku ini. Mungkin aku pernah buat beberapa kesalahan yang teramat besar sehingga perjalananku jadi begini..Mungkin akibat padaku dan balasan dari kesalahan ku ini, dan dapat beribu kali ganda balasan ku ini.

Ya Allah adakah perubahannya dulu adalah seketika?adakah ia pengajaran untuk hambamu ini sebernanya?
Aku tertanya-tanya Ya Allah, tapi aku terpaksa endahkan masalah itu dan tidak mahu fikirkan. Tapi, masalah tetap akan datang jika ia tidak pernah selesai. Aku pernah bagi tahunya, jangan ambik hati aku ni jika hanya engkau(si dia) untuk permainkan. Sudah berkali-kali aku katakan. Kerana aku akan setia pada cinta dalam satu perhubungan.

Ini mungkin balasanku Ya Allah, kerana aku melupakan Engkau bila aku bersamanya.

Sekali lagi Ya Allah, aku tidak mengerti kenapa dia meminta aku maafkan dia dan memberi peluang? Dia menghilang begitu sahaja. Adakah perkara dulu akan berulang? Aku sekali lagi harus kuat Ya Allah. Air Mataku kering dan hanya terdiam apabila terima berita yang tidak gemar. Aku tidak mampu berkata apa-apa.

Aku sentiasa doakan dia Ya Allah. maafkan segala dosa-dosanya, aku mohon Ya Allah.Berilah dia kekuatan pada dirinya untuk menempuh hidupnya. Bukakanlah pintu hatinya untuk taubat dan mengingati pada Mu. Aku tidak mahu dia hanyut dengan dosa yang dilakukan. Aku terima jika dia bukan untuk aku. Aku terima Ya Allah. Tetapi aku kasihani pada ibubapanya Ya Allah yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anaknya. Engkau pelihara lah hubungannya dengan ibubapanya sendiri. Aku mohon Ya Allah.

Aku sentiasa doa dan mengharap dia mendapat wanita yang lebih dari aku..Berilah dia wanita yang mampu mengubah diri kepada lebih baik, mungkin aku tidak mampu lagi Ya Allah. Mungkin hukum agama ku belum cukup kukuh dan kuat untuk perkara yang lebih baik. Berilah dia perubahan yang Allah. Berilah dia akal fikiran untuk sesuatu perkara Ya Allah.

Aku pelajari kesabaran, Pelajari keimanan dariMu, Aku sentiasa meminta ketengan padaMu. Mungkin Engkau terima doaku dan Engkau perbetulkan segalanya. Engkau berikan aku kawan-kawan yang ceria untuk mengisi kekosongan hati ku ni Ya Allah. Engkau telah berikan aku ibu yang pernah aku tidak pedulikan katanya jika dia memberitahu adalah lelaki itu tidak baik untuk aku sebenarnya 'Dia bukan lelaki baik untuk ko'. Aku dalan delima ketika itu.

Sekarang ni, aku terima sahaja apabila ibu berkata apa-apa tentang diriku. Aku mampu berserah YaAllah, aku hanya ada engkau untuk diriku. Aku serahkan segala jiwa ragaku padaMu. Terserah bagaimana Engkau mahu hidup ku ini. Aku terima Ya Allah.

Hanya mampu aku terdiam apa yang terjadi, Aku hanya menunggu masa masa akan datang, dan masa yang seterusnya Ya Allah..Dosaku terlalu berat Ya Allah. Aku Mohon Ya Allah...

Sekali lagi aku mohon bukakanlah pintu hatinya.. Aku sanggup melutut padamu..Mungkin aku terlalu sayang cinta pada dia. Aku tidak mahu dia terjurumus pada perkara yang tidak baik. Engkau kasihanilah pada ibubapanya. Sekali lagi aku melafaz dari bibirku ini yang Allah.
Biarlah air mataku ini menitis beribu titik pada bumimu ini Ya Allah. Berilah kesempurnaan pada dirinya.
Engkau buatlah cara sekali apapun supaya dia mengingati padaMu.Aku tidak mahu apabila dia dalam kesusahan, barulah dia hendak mengingati Engkau. Berikanlah wanita yang boleh membawa dia ke syurga. Aku mohon.

Mengapakah hatiku terlalu menyanginya? Kenapakah aku terfikir sampai sebegini rupa?

Mungkin dia terlalu hebat, Kerana dia berjaya membuat aku jatuh air mata di bumi hanya kerana dirinya.

Aku tidak pernah mengeluh kenapa semuanya terjadi. Mungkin ada hikmah sebaliknya.
Aku percaya jodoh, ajal maut, lahir, rezeki pada di tanganMu.

Tuesday 15 November 2011

royal chulan hotel

memandangkan 14.11 birhday qiela.

Dinner semalam kat Royal Chulan Hotel

5 bintang tok makanan buffet semalam, memang sedap.rase makanan pun kene sikit2 je,sebab banyak sangat jenis. Tak boleh makan banyak sangat. dalam Proses diet,,hahaha




Ni la member yang ajak makan buffet semalam, sebananya diorang ni keje sana, so, ajak la makan kat sana..thanx ya fahmi n payie
lepas makan plak payie n fahmi bawak la kteorang pusing2 hotel dia. kenal kan la royal chulan hotel.





Tapi yang bestnya,biasala selagi hanset da camera,jangan sia2kan la, janji bergambar,giler camera..
yang x boleh bla lagi, tangkap gambar ala-ala pre wedding plak tu..hahahaha

walaupun dua orang perempuan.hahahah

ala-ala pre wedding:







part ni la yang paling susah, sebab banyak kali x jadi

x terlepas juga dalam tut ni pun jadi juga




di sebalik cerita payie n dila

habis dah........