Friday 4 November 2011

Pengorbanan HARI RAYA AIDILADHA

Masjidil Haram MAKKAH


Jemaah Haji selesai juga akhirnya. Sebagai pekerja Andalusia Travel & Tours Sdn.Bhd yang berdedikasi, cewah..Qiela ditugaskan untuk menghantar jemaah haji di Kelana jaya.

Suasana yang sangat meriah dengan suara jemah haji bersama waris-waris mereka. Ati ni sayu je melihat nenek-nenek tua, pakcik-pakcik yang sebaya ngan ayah kita,atok-atok, yang muda pun ada. Sampai terfikir untungnya yang muda-muda ni dapat menunaikan haji.


   taklimat sebelum bergerak ke Lapangan Terbang KLIA


Sampai menitik air mata ni melihat diorang semua bila kaki melangkah masuk di pintu masuk pelepasan. Hanya mampu kirim kan doa je pada staf di sana. Moga-moga doa qiela dimakbulkan,amin.Insyaallah.



Kalau nak diceritakan tentang perasaan ati ni,memang tak kan habis. Lagi-lagi tentang pengorbanan.

Dalam masa yang sama kita juga akan menyambut Hari Raya Korban pada 06/11/2011.

Mari kita fahami apa itu pengorbanan sebernanya, dan adanya Hari Raya Korban ni.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail  dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Banyak lagi cerita kisah Nabi Ibrahim pada anaknya yang terpaksa dikorbankan.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
    “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
                                                                                                                       (Hadis riwayat At-Tirmizi)

No comments: