Wednesday 2 November 2011

Simple Makeup

dalam episod ni qiela nak share macam mana kita nak makeup yang sangat simple untuk ke pejabat atau pun hang out dengan kawan- kawan.
  • Moisturizer (pelembap)
       Bersih kan muka dulu, seelok-eloknya cuci muka dengan pencuci muka yang anda gunakan. Pastikan muka anda kering yang di lap dengan kain yang bersih.

Selepas itu, sapukan pelembap pada muka dengan rata. pastikan pelembap tidak terlalu banyak atau pun sikit. biakan kering sebentar.

  • Liquid Foundation
Letakkan cecair asas pada muka anda.qiela menggunakan liquid foundation angelfit ni,
sebab bila lepas sapu kat muka akan rata je colour pun light je.




Menutupi segala pori-pori yang kat muka.                            
Sapu dengan menggunakan span dengan rata.










                                                                                                  sponge yang lembut (elianto)
  • Powder
sapukan bedak asas dengan rata. Jika muka anda bulat anda boleh buat shading dibawah dagu atau pun bahagian rahang dengan menggunakan eyeshadow coklat jika di bawah budget anda yang tidak mempunyai foundation warne lebih gelap.
 Kalau qiela,suka menggunakan eyeshadow coklat yang gelap
untuk shading idung untok menampak kan mancung idung.







  • Loose Powder
Loose powder ni digunakan bahagian T dan pipi di wajah muka kita untuk kurangkan muka kita berminyak. Jika boleh, sapukan loose ni dengan tools brush yang besar. Supaya rata dan tidak bertompok.





  • Eyebrow Pencil
Lukiskan kening anda dengan menggunakan eyebrow pensil.



Gunakan warne yang sesuai. Selepas itu sapukan cecair eyebrow ni pada kening anda.
Produk ni qiela guna kan.Tapi qiela pun xtau jenama ni, Sebab dari jepun.



  • Eyeshadow
Letakkan pembayang mata.Gunakan warna yang neutral bagi mereka tidak mahu terlalu menonjol pada bahagisn mata. Jika yang ranggi seelok-eloknya gunakan dua warne yang yang terang seperti biru,kuning.
Qiela nasihat kan anda gunakan produk elianto kerana warna-warnanya terang dan tahan lebih lama. Warnanya sungguh cantik bila dipakai.


                                        warna yang terang



  • Eyeliner
Gariskan eyeliner pada kelopak mata.Terpulang individu untuk menggunakan pensil atau pun cecair. Sekarang ni ramai remaja menggunakan cecair eyeliner kerana mudah dibentuk dan dilukis.




 Sekarang ni ada juga produk yang diperkenalkan dalam bentuk gel.







  • Mascara
Untuk melebatkan bulu mata anda, letakkan mascara.Di bahagian atas dan juga bahagian bawah.


  • Blusher
Sapukan pemerah pipi di bahagian tulang  pipi. Shading pipi mestilah menarik selain pembayang mata. Jika seseorang yang tidak tidak mahu menyerlah, hanya menggunakan satu warna sahaja. Tapi bagi qiela untuk kekal lame n menyerlah gunakan dua warna. Warna agak gelap disapukan dulu dan warna agak cair atau menyerlah kali kedua. Menggunakan berus khas pada pipi anda,

Jika anda tidak mempunyai berus khasGunakan 3 jari anda iaitu jari telunjuk,jati hantu dan juga jari manis.Sapu dari bahagian telinga ke depan. Hanya sehala sahaja.


  • Lipstick and Lipgloss


Sebelum kenakan pemerah bibir, lukis bahagian tepi bibir dengan menggunakan lips liner.Bentukkan bibir anda dan sempurnakan bentuk yang ikut pilihan anda.

Letakkan pelembap bibir anda dengan warna yang agak sesuai dengan pewarna pemerah bibir anda.






                                       faceshop


tips: Bagi wajah yang agak bulat, sapukan sedikit pemerah pipi pada dagu anda dan dahi. Tidak terlalu menyerlah


info: semua gambar dan brand makeup diatas qiela gunakan setakat ini..heeee

                   tools brush elianto ni mudah dibawa kemana  sahaja mempunyai zip dan dalam bentuk clucth yang kecil 


jika ada kekurangan or salah ayat sory ye, sebab x baca,taip je

1 comment:

syera said...

boleh x awk tolong make up kan sy????hehehhehhe..cz sy xde barng2 tu sume..heeheh