Wednesday 16 November 2011

Maafkan lah dia Ya Allah

Bila kata tentang perasaan, masing-masing penah rasa putus cinta..

Bila hujan turun dengan lebat. rasa seram sejuk bila berlaku sesuatu. Tapi hati ingin tahu apa yang berlaku sebenarnya.

Walaupun dengan hakikatnya aku tidak sanggup melihat. Seperti dulu, hati akan berdebar dan kencang apabila terjadi. Tetapi sekarang aku tidak mengerti lagi perasaan apabila melihat si dia dengan orang lain. Apa perasaan cemburu? Apa perasaan marah? Semuanya tidak ada pengertian lagi. Hanya hati yang kosong dalam hati yang penah luka,bernanah yang kembali pulih dengan ubat yang disaluti doa yang aku pohon dari Mu.

Aku pernah tertanya-tanya kenapa perkenalan aku dengan dia dicatitkan dalam dairi hidup ni? Aku tahu hikmah yang Tuhan akan beri pada setiap orang.

Mungkin sesiapa yang baca blog qiela ni, akan terpikir, kenapa perlu cerita semua ni? Tapi terpulang pada sesiapa untuk komen nanti.
Ya Tuhan ampunkanlah segala dosa-dosa nya. Berilah dia peringatan bagaimana Engkau beri peringatan kepada aku dulu. Mungkin pernah Engkau memberi dia kesedaran, mungkin dia telah sedar dengan
dosa-dosanya.

Perkenalan baru, akan rasa indah semuanya, mungkin fikiran aku kanak-kanak, tidak kenal diri dia sebernanya. Mungkin masa tu, bodoh hanya mendengar kata-katanya. Aku tidak pernah kongkong dirinya, aku tidak pernah cemburu dia dengan wanita la. Dengan pendek kata, aku seorang 'openminded'.

Mengharapkan hubungan ini telah diterima oleh sape-sape pun, diredhai Allah. Tapi harapan itu hanyalah sementara. Menggapai keindahan adalah sementara. Terlalu banyak aku pendam perasaan yang terlalu pahit walaupun lebih daripada manis. Mungkin orang akan berkata, terlalu abdikan diri dengan cinta. Mungkin benar jika dalam percintaan. Tapi bagi diri ini. hanya untuk menumpang kebahagiaan dari Tuhan.

Baru aku kenal siapa diri dia sebernanya. Hari demi hari cinta ku pudar dan mengharapkan lebih baik. Tetapi tidak..Engkau penah tinggal kan aku, engkau bersuka ria dengan semua perempuan. Aku tidak pernah serik, dia kembali, aku terima semula. Kata-kata mu manis sekali. Tetapi lagi sekali dia lupa dan nekad untuk tinggalkan aku, jika benar. Dan Tuhan mungkin kali pertama Engkau beri pengajaran padanya. Dia jatuh, benar-benar ditipa tangga.

Dengan lembut hati ku, sebagai manusia biasa, aku telah memberi tangan ku untuk dia jatuh dari kehidupan dia. Ya Tuhan, aku mengetahui bahawa jodoh ku bukan dengan dirinya. Aku terima redha segalanya..
Mungkin Engkau telah beri kesedaran kepada aku terlebih dahulu, Engkau telah mengatur perjalanan ku lebih baik sekarang dari dulu.Mungkin itu, jika dia dalam kesusahan,aku berada di sisi nya apabila semua kehidupannya yang dulu telah meninggalkannya. Kawan,Duit,Kekasih barunya. Semuanya.

Ya Tuhan, aku tenang apabila dirinya berubah untuk lebih baik, aku sanggup mendegar rintihannya, apabila dia menangis walaupun dahulu, aku penah menangis untuk luahkan perasan ku,tetapi tidak di endahnya. Aku kuat terima segalanya lagi. Sokongan aku tidak pernah lepaskan,sentiasa memberi kuatan padanya.

Sampai masa, aku tidak percaya padanya apabila dia bercakap benar. Sekali lagi Ya Allah, aku redha dengan perjalanan yang Engkau aturkan pada aku. Menadah tangan padamu aku tidak pernah jemu bersama air mataku ini. Mungkin aku pernah buat beberapa kesalahan yang teramat besar sehingga perjalananku jadi begini..Mungkin akibat padaku dan balasan dari kesalahan ku ini, dan dapat beribu kali ganda balasan ku ini.

Ya Allah adakah perubahannya dulu adalah seketika?adakah ia pengajaran untuk hambamu ini sebernanya?
Aku tertanya-tanya Ya Allah, tapi aku terpaksa endahkan masalah itu dan tidak mahu fikirkan. Tapi, masalah tetap akan datang jika ia tidak pernah selesai. Aku pernah bagi tahunya, jangan ambik hati aku ni jika hanya engkau(si dia) untuk permainkan. Sudah berkali-kali aku katakan. Kerana aku akan setia pada cinta dalam satu perhubungan.

Ini mungkin balasanku Ya Allah, kerana aku melupakan Engkau bila aku bersamanya.

Sekali lagi Ya Allah, aku tidak mengerti kenapa dia meminta aku maafkan dia dan memberi peluang? Dia menghilang begitu sahaja. Adakah perkara dulu akan berulang? Aku sekali lagi harus kuat Ya Allah. Air Mataku kering dan hanya terdiam apabila terima berita yang tidak gemar. Aku tidak mampu berkata apa-apa.

Aku sentiasa doakan dia Ya Allah. maafkan segala dosa-dosanya, aku mohon Ya Allah.Berilah dia kekuatan pada dirinya untuk menempuh hidupnya. Bukakanlah pintu hatinya untuk taubat dan mengingati pada Mu. Aku tidak mahu dia hanyut dengan dosa yang dilakukan. Aku terima jika dia bukan untuk aku. Aku terima Ya Allah. Tetapi aku kasihani pada ibubapanya Ya Allah yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anaknya. Engkau pelihara lah hubungannya dengan ibubapanya sendiri. Aku mohon Ya Allah.

Aku sentiasa doa dan mengharap dia mendapat wanita yang lebih dari aku..Berilah dia wanita yang mampu mengubah diri kepada lebih baik, mungkin aku tidak mampu lagi Ya Allah. Mungkin hukum agama ku belum cukup kukuh dan kuat untuk perkara yang lebih baik. Berilah dia perubahan yang Allah. Berilah dia akal fikiran untuk sesuatu perkara Ya Allah.

Aku pelajari kesabaran, Pelajari keimanan dariMu, Aku sentiasa meminta ketengan padaMu. Mungkin Engkau terima doaku dan Engkau perbetulkan segalanya. Engkau berikan aku kawan-kawan yang ceria untuk mengisi kekosongan hati ku ni Ya Allah. Engkau telah berikan aku ibu yang pernah aku tidak pedulikan katanya jika dia memberitahu adalah lelaki itu tidak baik untuk aku sebenarnya 'Dia bukan lelaki baik untuk ko'. Aku dalan delima ketika itu.

Sekarang ni, aku terima sahaja apabila ibu berkata apa-apa tentang diriku. Aku mampu berserah YaAllah, aku hanya ada engkau untuk diriku. Aku serahkan segala jiwa ragaku padaMu. Terserah bagaimana Engkau mahu hidup ku ini. Aku terima Ya Allah.

Hanya mampu aku terdiam apa yang terjadi, Aku hanya menunggu masa masa akan datang, dan masa yang seterusnya Ya Allah..Dosaku terlalu berat Ya Allah. Aku Mohon Ya Allah...

Sekali lagi aku mohon bukakanlah pintu hatinya.. Aku sanggup melutut padamu..Mungkin aku terlalu sayang cinta pada dia. Aku tidak mahu dia terjurumus pada perkara yang tidak baik. Engkau kasihanilah pada ibubapanya. Sekali lagi aku melafaz dari bibirku ini yang Allah.
Biarlah air mataku ini menitis beribu titik pada bumimu ini Ya Allah. Berilah kesempurnaan pada dirinya.
Engkau buatlah cara sekali apapun supaya dia mengingati padaMu.Aku tidak mahu apabila dia dalam kesusahan, barulah dia hendak mengingati Engkau. Berikanlah wanita yang boleh membawa dia ke syurga. Aku mohon.

Mengapakah hatiku terlalu menyanginya? Kenapakah aku terfikir sampai sebegini rupa?

Mungkin dia terlalu hebat, Kerana dia berjaya membuat aku jatuh air mata di bumi hanya kerana dirinya.

Aku tidak pernah mengeluh kenapa semuanya terjadi. Mungkin ada hikmah sebaliknya.
Aku percaya jodoh, ajal maut, lahir, rezeki pada di tanganMu.

No comments: