Tuesday 29 November 2011

Misteri Jalan Lama


Cerita ni sebenarnya mengisahkan dua alam yang berbeza..

Iskandar lakonan (Dato' Ahmad Tamimi Siregar) iaitu mempunyai 2 orang anak, iaitu Indra dan juga Ilya.

Ilya adalah seorang bayi bunian yang telah diamanahkan oleh King Deweta dan juga Queen Deweta yang telah diancam oleh puak Harak. Ketika Ilya baru dilahirkan. Oleh itu Iskandar diberi amanah untuk menjaga Ilya sampai umurnya 25 tahun, selepas itu, Ilya perlu dikembali ke dunianya sebenar.

Kebetulan, Iskandar dan isteri mengambil risiko untuk melahirkan seorang bayi supaya dapat menemankan Iskandar pada waktu kecil, tapi malangnya isteri Iskandar telah meninggal dunia ketika hendak melahirkan pada berusia yang agak lewat.

Iskandar balik ke kampung mengikut jalan lama dan berlaku 1 peristiwa dimana Ilya telah diberikan kepadanya. Kemunculan Ilya membuatkan Indra iaitu anak sulongnya terlalu cemburu kerana Iskandar hanya memberi perhatian kepada Ilya. Indra telah keluar dari rumah. Indra adalah seorang samseng, mempunyai hutang apabila prestasinya merosot. Ini kerana adalah dia dahulu seorang pemandu kereta profesional.

Setelah Iskandar telah meninggal dunia, Indra telah dipanggil dan mendapat surat daripada ayahnya, supaya mengembalikan Ilya kepada keluarga sebenarnya. Sepanjang perjalanan banyak perkara yang terjadi sampaikan Ilya tidak boleh percaya apa yang berlaku sebenarnya. Apakah akhir cerita ini?

Saksikan lakonan Hans Isaac, Vanida Imran, Que Haidar dalam filem arahan Afdlin Shauki

MISTERI JALAN LAMA.

No comments: